BAKAT SEMULA JADI: Saiful Razman meminati seni sejak di bangku sekolah. |
Cukup meminati bidang seni sejak di bangku sekolah lagi mendorong Saiful Razman Mohd Kassim melanjutkan pelajaran dalam jurusan seni halus di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sehingga 2003. Sejak itu, jejaka kacak itu tidak menoleh ke belakang lagi untuk memilih hala tuju dalam bidang berkenaan.
Buktinya, beliau semakin dikenali dalam bidang seni lukis, selain menjawat jawatan sebagai Pengurus Arts Space, The Annexe @ Celtral Market, Kuala Lumpur.
"Mulanya dulu saya lakukan saja secara sambilan dengan menyertai pameran, tetapi melihat potensi dalam bidang ini menyebabkan saya memilih untuk melakukan bersungguh-sungguh, termasuk terbabit dalam beberapa pameran.
Menyelami lanjut mengenai karakter dalam dirinya, Saiful Razman dengan tenang mengungkap tiga makna yang sinonim dengannya iaitu pendiam, perokok dan sangat bersederhana. Mari mengenali jejaka minggu ini.
Sebenarnya kerjaya ini juga memberi potensi cukup besar sekiranya pelukis sendiri bijak untuk meneroka peluang yang ada. Banyak ruang sebenarnya untuk menyerlah. Kelahiran ramai pelukis hari ini merancakkan lagi aktiviti seni di negara ini.
Itu semua bergantung kepada individu sendiri. Saya sendiri tidak saja menumpukan bidang seni lukis kerana saya juga adalah Pengurus Arts Space, The Annexe @ Central Market, Kuala Lumpur.
Sejak kecil lagi seni sudah menjadi sebahagian dalam diri saya. Entahlah, saya suka sesuatu yang kreatif. Minat itu terbawa-bawa dan saya sendiri juga memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama.
Mereka sangat menyokong dengan apa yang saya lakukan.
Macam-macam benda di sekeliling yang membantu saya dalam mengolah sebagai suatu inspirasi.
Tidak juga. Saya masih mempunyai ruang untuk bersosial dengan teman dan menonton wayang yang menjadi kegemaran saya.
INFO |
Saiful Razman Mohd Kassim Umur: 27 tahun Tarikh lahir: 20 September 1980 Tempat lahir: Teluk Intan, Perak Tinggi: 170 sentimeter Berat: 62 kilogram Kerjaya: Pelukis dan Pengurus Arts Space, Pasar Seni Kuala Lumpur |
Chow Kit. Mengapa? kerana di situ banyak barang unik dan terpakai yang bermutu tinggi.
Tidak terhad di dalam negara, saya gemar juga bercuti di negara Asean khususnya di Manila, Filipina. Saya suka mengembara seorang diri setidak-tidaknya seminggu. Memang menyeronokkan!
Kalau boleh biarlah dia juga meminati aliran seni. Mudah rasanya. (tergelak). Lebih manis jika dia seorang penyanyi sebab saya mungkin boleh membuat reka bentuk kulit albumnya. (ketawa seraya bergurau).
Pastinya pemetik api, telefon bimbit dan beg sandang.
No comments:
Post a Comment